LOVE IS LIFE

LOVE IS LIFE
Loves

HANYA SeCebiS sEnyumaN.

35712

Bukan salah diri mu
Bukan kau pinta semua ini terjadi
Kerana hati ku mencinta
Andainya kini
dapat ku undurkan masa
dan bertemu dengan mu
Pasti ku akan menyayangi mu
Selamanya hingga ke akhir dunia
Tapi apakan daya
Terpisahlah jua kita akhirnya
meski pun
Ingin lagi aku bersama
Ingin lagi aku memeluk mu
Walau sesaat cuma
Walau di maya kau menjelma

Adakah engkau
Tak akan melihat ku di sini lagi
Bukan untuk ku merayu simpati
Tapi maafkanlah
Kerna kesilapan ku itu
ku tahu...
Takkan kau lupakannya
hanya sekadar cebisan senyuman
mampu kau dan aku berikan,
pada kasih dan cinta kita.

Terima Kasih Cinta

35712

Terima kasih kerana mencintaiku
membiarkan rasaku berhenti di dalam hatimu
untuk menerima seluruh kasih
dan lahir kembali sebagai lelaki

Kuikhlashkan jiwaku menjadi rumah
bagi semua harapan dan cinta yang akan kau tuang
di setiap rindu menuju penghujung waktu

Terima kasih,kekasih
kau biarkan cinta kita terus memutih
dan tumbuh seperti melati wangi dan putih

Dah Penat,kekurangan

35712

Aku penat!

Aku letih!

Terlalu banyak yg harus aku fikirkan!

Terlalu banyak yg harus ku lakukan!

Terlalu kurang…terlalu miskin….

Kurang masa

Kurang kesempatan

kurang persediaan

kurang pehatian

Kurang simpati

Dan

Terlampau kekurangan…!!

Ya Tuhan….!

Yg maha sempurna..

Aku serba kekurangan..!serba dhaif..!

Dan aku terlalu penat!

Mencari cinta-NYA

35712

“Kembalilah ke sana. Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap dunia tanpa cinta. Renungilah mata pasangan mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau sudah tiada? Dan kemudian genggam erat tangannya. Marilah kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama.”

LuAhan HatI AdinDa

35712

ANDAI LELAKI TAHU:

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
35712

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

kaum hawa

35712

tahniah buat kamu KAUM HAWA bgga la kalian ....Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.salam terbaik ummat
(sayang kan kamu kaum hawa)

Zman sekarang

35712

"kebanyakkan wanita sekarang bukan lagi menutup aurat tetapi membalut aurat...naudzubillah."..

TUHAN ku

35712

Tuhan...ku bisikkan..Kerinduan..keinsafan...pengharapan...
Tuhan...ku sembahkan..Pengorbanan...membuktikan...kecintaan
Bisikkan ku untukMU..Munajatku mohon restu..
Semoga cintaku bukan palsu..Pada desiran penuh syahdu..
Gelombang ...lautan rinduku..

CERITA CINTA: BISIKIKAN HATI KU

CERITA CINTA: BISIKIKAN HATI KU

35712
srijebat.blogspot.com

BISIKIKAN HATI KU

35712


Bila malam ku berbisik,hati ku mulai berdebar.siapakah dirinya dihati ku??
hari ku menjelang siang dan malam,menanti dan menanti,tanpa hari yang belum ku pasti.
di sebalik lubuk debar hati ku,berpaut diri ku di dahan yang rapuh.benarkah aku jatuh cinta pada mu.??
atau hanya sekadar angin yang lalu.!!!
Ingin sekali aku mencuba memiliki mu,namun pasrah harapan ku,kau berkata,"SILA TUNGGU".

kau umpama,sang bulan.sinarnya umpama seribu satu senyum mu yang tidak akan pernah terpadam di dalam ingatan ku.
dikaulah bidadari.aku hanyalah ingin bersama mu.di setiap detik jantung ku.
di setiap saat masa ku,di setiap pelusuk hidup ku,hanyalah untuk mu seorang kasih ku.

SeLamAt MaLam

35712

S-eandainya
E-ngkau
L-ebih kenal
A-kan diriku
M-aka aku
A-kan
T-ersenyum

M-anis untukmu
A-gar engkau
L-lebih tau
A-ku senantiasa
M-merindukanmu

hati adalah istana,
Cinta adalah singghasana,
Ketulusan ialah mahkota,
Kesetiaan ialah piala terindah
dan senyum seorang kekasih adalah tahta,
Serta kejujuran & kepercayaan adalah pusaka..!