LOVE IS LIFE

LOVE IS LIFE
Loves

Surat Cinta Kecewa...bwat TEHA





Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan wajah mu yang mengukir senyuman seindah puteri bunian. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit di fikiran ku lalu ku mengukirkan sbuah snyuman. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.kadang-kala ku berimaginasi, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Bruang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu tidak kesampaian dan akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya kau berkata begitu kerana penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Kata-kata mu itu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur tewas dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar hostel lagenda dan membelasah empat ekor pakcik guard jiran depan aku, sebagai tanda aku kecewa.

Mengapa? Mengapa? Mengapa ini semua terjadi? Mengapa kau pergi dari ku,setelah kau memberikan ku senyum yg manis sehingga aku terkena pnyakit kencing manis.pada masa itu,aku yakin kau milik ku.namun aku ragu-ragu,seolah-olah aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung,bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali datng pada ku. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Senyum Mu Enggan Pergi

Aku mengenalinya hanya seketika, namun terkesan di hati
Pertama kali melihat senyumannya, degupan jantung berlagu pantas
Terkedu aku seketika dengan keindahan ciptaan Allah
Dengan tudung berwarna pink serta secalit solekan, dia ayu dimataku
Tatkala dia menyapaku, kelu lidahku untuk membalas
Lalu dia kembali senyum, hampir pengsan aku dibuatnya
Tutur katanya lembut, suaranya lunak manja
5 jam bersamanya bagaikan 5 minit masa berlalu
begitu pantas kurasakan seolah masa mencemburui aku
akhirnya dia pergi, meninggalkan satu senyuman buatku
kini aku kembali ke tempat asalku, namun....
"...SENYUM MU ENGGAN PERGI..."

Senja dalam diam

35712-

Tanpa ku sadari,tangan ini bergerak lancang,mengukir huruf demi huruf dalam helai jiwa yg merapuh…

Bersama kabut ingin ku hias hitam putih hidupku menjadi langit berpelangi,mengukir senja meski dalam diam…

Ku rindu nyanyian hutan,yg senantiasa membwa ku terbang mencpai puncak kmenangan…
Menyatukan puing2 kenangan yg terserak..
Dalam jiwa,walau hampa,ku mencari jejak kenangan yg hilang trkubur brsama masa lalu yg trtinggal….

Karawang,

PUISI CINTA KENANGAN BERSAMA

35712-



Pada sekuntum mawar yang mekar
dan air sungai yang mengalir
disitu ku lihat
terukir wajah mu
dan tertulis....
kisah cinta kita berdua.

Sebuah nostalgia yang lalu
tidak mudah untuk ku lupakan
dan masih ku simpan erat-erat
didalam sebuah potret
wajah kita bersama.
35712-

MADAH CINTA DAN KARYA SASTERA

Aku tengok....
Mereka bukannya sibuk menulis!
Mereka bukannya sibuk menambahkan hasil karya mereka!



Tetapi....
Apa yang aku nampak ialah...
Mereka lebih sibuk berbincang, bercerita dan berborak pasal teory sastera!



Botol kicap atas meja
Banyak cakap kurang kerja!



Mereka sibuk mengkritik puisi orang lain!
Mereka sibuk mengulas karya orang lain!
Mereka sibuk cakap ini....cakap itu.....!
Namun....memperbanyakkan hasil karya itu sendiri...mereka tidak pentingkan!
Itulah yang telah aku lihat kenyataannya!



Botol kicap atas meja
Banyak cakap malas kerja!



Kalau tukang cakap memang banyak!
Kalau tukang mengulas memang banyak!
Kalau tukang nak betolkan tulisan orang lain memang banyak!



TETAPI....
Tukang mengarang dan meluahkan rasa hati jiwa sendiri...AMATLAH sedikit!



Botol kicap atas meja
Jangan dibiarkan masuk angin
Kan nanti ....tak sedap pulak rasanya!



Aku berpendapat...
Apa yang penting ialah menghasilkan karya sastera itu sendiri!
Yang penting Menghasilkan LUAHAN inspirasi masing2!
LUAHAN...
Demi luahan......
Demi luahan...demi luahan...!
Itulah yang lebih penting!
(samada orang lain suka atau tidak..itu tidak penting!)



Kerana yang sebenarnya...
Apabila kita cuba menghasilkan sebuah hasil karya dengan luahan rasa hati kita....
Kita SEBENARNYA telah bekerja MENGGILAp HATI JIWA KITA SENDIRI...!
Kita sebenarnya telah berusaha melembutkan dan memperhaluskan hati perasaan jiwa kita sendir!



MENGILAP DAN MENCUCI HATI JIWA SENDIRI ITU ADALAH PENTING..!!



Aku kata...
Bekerjalah dan berusahalah mencuci hati jiwa sendiri sepanjang hayat!



Dan aku kata lagi....
Seni tulis sastera itu....adalah salah satu alat pencuci hati!
Alat pelembut hati jiwa sendiri...!



Barangkali ...kita TIDAK akan berjaya untuk mencuci hati jiwa SEMUA manusia dengan karya kita!
Barangkali ...karya kita TIDAK berjaya memuaskan hati orang lain!
Barangkali ...karya kita di tuduh rendah nilai sasteranya!
Barangkali ...karya kita dikata...tidak mempunyai nilai mesej yang baik kepada masyarakat!
Barangkali....
Barangkali....



Namun yang pentingnya ialah....
Kita telah berjaya menyentuh perasaan hati jiwa kita sendiri dengan karya kita!
Kita telah berjaya bekerja mengilap dan mencuci hati jiwa kita sendiri dengan hasil karya kita!
Kita telah berjaya melembutkan kerasnya hati kita sendiri dengan hasil karya kita!
ITULAH YANG LEBIH MUSTAHAK!



Kerana itulah...
Saorang seniman itu sebenarnya bekerja memperindahkan hati jiwanya sendiri supaya...lebih berjiwa halus, indah, lembut lagi murni!